
PROGRAM SIJIL PENGHAYATAN UBUDIYYAH, MAS'ULIYYAH DAN ITQAN (UMI) SIRI 1 TAHUN 2024 / 2025 (MINGGU 16)
Program Sijil Penghayatan Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan (UMI) Siri 1 Tahun 2024/2025 (Minggu 16) telah diadakan pada 07 Rabiul Akhir 1446H / 10 Oktober 2024 di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.
Kuliah Mingguan UMI bertujuan melahirkan kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan yang berilmu, memahami, dan menghayati Islam serta mampu mengaplikasikannya dalam perkhidmatan dan kehidupan harian.

Program ini berlangsung selama 40 minggu, dengan kuliah diadakan setiap Khamis dari 2.15 petang hingga 3.15 petang.
Objektifnya termasuk memahami ajaran Islam, menghayati prinsip MBI & UMI, menanam keyakinan terhadap agama, dan menyebarkan kefahaman Islam. Program ini mensasarkan 100 kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim.
= = = = = =
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶: https://linktr.ee/IPTG
Comentarios