PENGHAYATAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM | 'UBUDIYYAH, MAS'ULIYYAH DAN ITQAN
YB Ustaz Dato' Bentara Kanan Dato' Ahmad bin Yakob
((S.J.M.K.),(D.J.M.K.),(S.M.K.),(J.P.),(S.M.K.))
Penasihat Khas IPTG
Phone:
09 747 0919 (Talian Terus IPTG)
Emel:
Alamat:
Institut Pemikiran Tok Guru Dato' Bentara Setia (IPTG)
Tingkat Bawah Blok Dewan Negeri Kota Darulnaim
15503 Kota Bharu, Kelantan
Media Sosial
Perutusan Penasihat khas
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْه
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Jika dating kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan. (Al-hujurat:6)
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kehadrat Allah SWT yang telah mengurniakan kepada kita semua kesihatan yang berpanjangan untuk terus bernafas di bumi Allah SWT ini. Semoga kita semua terus diberikan hidayah agar dapat mengisi kehidupan ini dengan amal ibadat bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Selaku Penasihat Khas Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (IPTG), saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua warga IPTG di atas kewujudan laman web ini yang saya kira amat penting bagi memaparkan pelbagai info mengenai IPTG. Selain itu, laman web ini juga diharapkan dapat menjadi medan interaksi di antara IPTG dengan seluruh masyarakat khususnya rakyat negeri Kelantan.
Sebagai mantan pimpinan kerajaan negeri, saya berharap agar kakitangan IPTG terus menunjukkan prestasi yang cemerlang di dalam melaksanakan urus tadbir sesuai dengan amanah yang dipikul kerana IPTG menjadi salah satu agensi utama yang ditugaskan untuk mengembangkan dasar kerajaan negeri iaitu dasar Membangun Bersama Islam yang telah diperkenalkan oleh Allahyarham Tan Sri Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sejak tahun 1990 dulu sehingga hari ini.
Semoga apa yang kita lakukan menjadi bekal di hadapan Allah SWT di akhirat kelak, Insya-Allah.
Sekian, Wassalam.
YB Ustaz Dato' Bentara Kanan Dato' Ahmad bin Yakob
((S.J.M.K.),(D.J.M.K.),(S.M.K.),(J.P.),(S.M.K.))
Penasihat Khas Insitut Pemikiran Tok Guru Dato' Bentara Setia (IPTG)