top of page
IMG_7152_edited.jpg

YBhg Profesor Emeritus
Dato’ Dr. Johari bin Mat

((P.S.K), (D.P.S.K) (Kelantan))

Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru Dato' Bentara Setia (IPTG)

Phone:

09 747 0919 (Pejabat IPTG)

Emel:

Alamat:

Tingkat Bawah Blok Dewan Negeri

Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan

Media Sosial

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • TikTok
  • YouTube
  • Telegram

sekapur sirih pengarah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْه

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, kerana atas kebesaran dan limpah rahmatNya dapat kami bangunkan laman web Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) ini dengan hasrat menjadi salah satu wadah penyebar maklumat kepada seluruh masyarakat khususnya rakyat negeri Kelantan. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua kakitangan IPTG atas daya usaha yang dilakukan untuk membangunkan laman web ini. Inshallah kami akan memastikan agar laman web ini sentiasa dikemaskini secara berterusan supaya masyarakat mendapat maklumat yang terkini dan bermanfaat.

Bagi mencapai visi “menjadi sebuah institusi terulung dalam mengabadikan legasi kepemimpinan Ulamak bagi mengukuh dan mengembang Dasar Membangun Bersama Islam”, kami warga IPTG bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menzahirkan kecemerlangan organisasi melalui perancangan-perancangan strategik dan yang berkesan. Oleh itu kami juga berharap segala kerjasama daripada semua pihak bagi memastikan agar hala tuju yang dihasratkan dapat dicapai dengan jayanya.

Akhir kata kami berharap agar seluruh masayarakat beroleh manfaat dari laman web ini dan kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan dan maklum balas bagi memastikan kami memberi perkhidmatan yang terbaik demi kemajuan organisasi kami.

Sekian. Terima Kasih.

YBhg Profesor Emeritus Dato’ Dr Johari bin Mat

((P.S.K), (D.P.S.K) (Kelantan))

Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru Dato' Bentara Setia (IPTG)

IKUTI PERKEMBANGAN

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • TikTok
  • Youtube
  • Telegram
bottom of page