top of page
Writer's pictureIPTG TV

KERJASAMA DIPERKASA: KUNJUNGAN IMAM TAKBAI KE IPTG



KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN IMAM TAKBAI KE PEJABAT IPTG


KOTA BHARU, 13 Oktober – Persatuan Imam TakBai telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Institut Pemikiran Tok Guru Dato' Bentara Setia (IPTG) pada 10 Rabiul Akhir 1446H bersamaan 13 Oktober 2024.


Program ini berlangsung di Bilik Pengarah IPTG, dengan tujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama serta bertukar pandangan mengenai penghayatan Islam dalam kepimpinan masyarakat.


Kunjungan ini turut membincangkan usaha-usaha bersama dalam memperkasakan peranan imam di kedua-dua wilayah, khususnya dalam memperkukuh kefahaman agama di kalangan masyarakat setempat.


Pertemuan itu mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam memperluas jaringan kerjasama dan meningkatkan kualiti kepimpinan melalui pendekatan yang lebih holistik berlandaskan prinsip-prinsip Islam.



= = = = = =

𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶: https://linktr.ee/IPTG

3 views0 comments

Comments


bottom of page