top of page

KUNJUNGAN HORMAT MPWP KUBANG KERIAN KE PEJABAT IPTG

Writer's picture: IPTG TVIPTG TV

KUNJUNGAN HORMAT MPWP KUBANG KERIAN KE PEJABAT IPTG



KOTA BHARU, 16 Oktober – Majlis Perundingan Wanita Kubang Kerian (MPWP KUBANG KERIAN) telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Institut Pemikiran Tok Guru Dato' Bentara Setia (IPTG) pada 13 Rabiul Akhir 1446H bersamaan 16 Oktober 2024.


Program ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, MABNA, dengan delegasi yang diketuai oleh Puan Hajah Zainiah bt Halim, Pengerusi MPWP KUBANG KERIAN, bersama Timbalan Pengerusi, Puan Hajah Norzila bt Yahya, serta ahli rombongan.


Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik dan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan peranan wanita dalam pembangunan masyarakat serta penghayatan Islam.


Pertemuan tersebut menjadi platform bagi kedua-dua pihak untuk berkongsi idea dan merangka kerjasama dalam memperkasakan peranan wanita dalam komuniti setempat berlandaskan nilai-nilai Islam.



= = = = = =


𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶: https://linktr.ee/IPTG

12 views0 comments

Comments


bottom of page