top of page

SEJARAH IPTG

2013

2014

2015

Perasmian IPTG pada Ogos 2013. IPTG dipengerusikan oleh Menteri Besar,manakala Tuan Guru Dato’ Bentara Setia dilantik sebagai penasihat atau Murabbi Ummah. Konsep Murabbi Ummah merujuk kepada pendidik yang bukan sekadarpenyampai ilmu atau mu’allim, malah dalam masa yang sama memastikan masyarakatmenghayati dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Matlamat IPTG ialah agar fikrahTok Guru dapat dimanfaatkan dalam jentera Kerajaan Negeri sekali gus untuk kepentingan ummah. Bagi mencapai matlamat tersebut, program dan aktiviti IPTG yang dirancang, bergerak melalui dua bidang. Bidang pertama ialah kajian dan pengembangan, manakala bidang kedua ialah latihan dan keilmuan.

Pada tanggal 23 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 23 April 2014 .Pelancaran buku Tok Guru yang berjudul “ Tok Guru Sebuah Biografi” telah dilancarkan oleh YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob , Menteri Besar Kelantan bertempat di Dewan Bunga Teratai Kota Darulnaim .Majlis turut diserikan dengan kehadiran Murabbi Ummah IPTG, YB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Perginya seorang Murabbi Ummah. Murabbi Ummah yang telah bersara daripada jawatan Menteri Besar Kelantan selepas PRU-13 pada 5 Mei 2013 setelah memegang amanah selama 23 tahun. Beliau telah dilantik sebagai Murabbi Ummah oleh Kerajaan Kelantan dan menjadi ikon di IPTG. Namun begitu, sejak 1 Januari 2015 beliau telah ditahan di HUSM kerana menghidap penyakit kanser prostat. Setelah 42 hari ditahan, pada jam 8.40 malam, 12 Februari 2015, beliau dibenarkan oleh Pihak HUSM untuk dibawa pulang ekoran keadaan kesihatannya yang sangat kritikal, sebelum beliau dijemput khaliqnya pada jam 9.40 malam Jumaat, 12 Februari 2015 dirumahnya di Pulau Melaka. Beliau yang meninggalkan seorang isteri, Datin Bentara Setia Hajah Tuan Sabariah Tuan Ishak dan 10 orang anak telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka pada 13 Februari 2015 bersebelahan pusara ayahandanya. Beliau pergi meninggalkan perjuangan politik-dakwah yang telah diterokainya sejak muda. Beliau juga pernah menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan (1968-1995), Pesuruhjaya PAS Kelantan (1981-2013) dan Mursyidul Am PAS (1994-2015) adalah merupakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa (1974-1986), Adun Semut Api (1986-2004) dan Adun Cempaka (2004-2015). Setelah tamat menjadi Menteri Besar Kelantan sejak 1990 hingga 2013. Setelah bersara sebagai Menteri Besar Kelantan pada 2013. Beliau terus memberi sumbangan pemikiran kepada Kerajaan Kelantan bagi meneruskan agenda Membangun Bersama Islam sebagai Murabbi Ummah di IPTG.

Pintu Depan IPTG 1_edited.jpg
bottom of page